Digital! Digital! Digital!

Gaya hidup digital bukan lagi gaya hidup pilihan tetapi sudah jadi kemestian. Semua sudah menerimanya sebagai cara hidup masa kini tidak kira tua atau muda, di bandar atau di desa dan yang kaya mahupun yang kurang berada. Hakikatnya, setiap individu hari ini akan taksub dengan sekurang-kurangnya satu gajet seperti telefon bimbit. Internet adalah sebahagian daripada nadi kehidupan kini, superspeed broadband jadi garapan, pelbagai applikasi jadi rebutan dan semakin ramai yang meneroka pelbagai platform media sosial sebagai rutin harian serta tidak kurang juga yang asyik berbisnes secara online melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, Youtube, Pinterest dan banyak lagi. Pendek kata dunia digital kian meriah dan kian semarak.